Friday 6 January 2012

hakikat

aku mendongak melihat malam yang semakin kelam. hanya diterangi bulan terang dihiasi bintang-bintang. walau malam semakin merangkak gelap. mataku masih mencari sinar kejora. mungkin ada. tetapi hampa. apa yang dicari tiada. dan kemudian aku tersedar. bukan aku mencari kejora sebenarnya. aku mencari ketenangan sebentar. duduk berteleku disebelah jendela kamar. menongkat dagu sambil berfikir. mencari erti dalam sebuah perhubungan yang dikatakan PERCINTAAN. 

ada yang berkata cinta itu buta. ada yang berkata cinta itu pengorbanan. barangkali, kalau aku masih ingat ada yang pernah memberi erti tentang cinta ini. cinta adalah sebuah perasaan yang dikurniakan oleh ILAHI untuk setiap hamba-Nya. ia boleh mendatangkan kebaikan dan juga boleh mendatangkan keburukan. maka oleh itu, pilihlah kamu diantaranya. kerana ia boleh menjadi fitnah juga keatas diri kamu. 

aku masih terngiang lagi. ungkapan-ungkapan manis yang pernah ditabur dulu pada aku. masih terkenang lagi tentang setiap tingkah lakunya. benarlah. cinta itu adakalanya sakit dan adakalanya indah. hanya orang yang benar-benar mengalaminya akan mengetahui hakikat perasaan itu. tetapi bagi aku, cinta itu adalah sebuah perasaan yang sukar untuk digambarkan. kerana aku sendiri tidak tahu. apakah kaitan antara cinta, kasih dan sayang. 

bila berkata sayang. apakah ertinya? bila berkata cinta. apakah maksudnya? apakah perbezaan diantara kedua-dua perasaan ini? sukar mahu dicari maknanya. yang pasti kebanyakan orang berkata sesuatu yang indah terhadap perasaan ini. bagi aku, perasaan ini adalah suatu perasaan yang sangat perit. mungkin kerana aku pernah terluka dan dilukai suatu masa dahulu. aku sendiri masih mencari jawapannya. adakah salah aku kerana melihat dirinya? 

sehingga kini, aku masih tidak menemukan jawapannya. dan sehingga kini jugalah, aku masih menanti sesuatu yang tidak pasti. dalam menghadapi hari-hari yang semakin rumit. walaupun, aku tahu ia telah berakhir. dan itu aku pasti. tetapi entah kenapa, hati ini masih mengharapkan dia. mengharapkan dia untuk menunaikan janji yang pernah dimetrai dahulu. mengharap dia untuk membuktikan butir bicaranya. tetapi tidak. itu tidak akan berlaku walau saban hari aku berdoa. 

aku tahu, mungkin kerana jodoh, rezeki ajal dan maut telah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa. aku tidak kuat. tidak kuat untuk menghadapi sesuatu yang seperti ini. menanti dan terus menanti. satu keputusan yang pasti untuk aku. tetapi tidak. dia pergi meninggalkan aku tanpa sebarang kata putus. menjadikan tanda tanya dalam kehidupanku. membuatkan aku masih mencari dirinya walau tahun berganti tahun. 

aku rela menanggung sakit dan kecewa. dari menanggung derita merindu. menanggung derita menanti. perit. terlalu perit. peritnya tiada ubat. tiada apa yang boleh menggantikannya. jika drama dan filem ada penamatnya. tetapi kisah aku, aku tidak tahu mana penamatnya. penamat mana yang menanti kisah hidup aku. penamat bahagia atau penamat duka?


says: reda itu ikhlas, pasrah itu menyerah
mood: masih berfikir antara satu

No comments:

Post a Comment