Monday 5 March 2012

dunia cikgu

dalam kekalutan dunia, aku termenung lagi sendirian. memikirkan masa depan aku. aku telah diberi tugasan untuk melihat perkembangan kanak-kanak. hari ini, hari kedua aku menjalankan tugasan ini. Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), pada mulanya aku agak hilang keyakinan diri. kerana aku seorang guru pelatih memasuki dunia sebenar seorang guru. agak terpencil pada mulanya. tapi semangat yang datang dari bekas guru-guruku memberi sedikit keyakinan pada aku untuk meneruskan tugasan ini. 

untuk hari pertama, agak kelam kabut sedikit. aku tidak tahu jadual waktu mereka. namun begitu, tugasan itu telah selesai. dan aku mengambil masa hanya selama satu hari sahaja untuk mengumpul data-data murid. apabila aku sudah berada dalam zon selelsa disekolah itu. aku berasa amat seronok dalam menjalankan tugasan ini. bermain dengan murid-murid. mendengar pelbagai ragam murid-murid. menjadikan aku sedar, dunia guru sebenar tidaklah sama dengan teori dalam buku sahaja. 

pengalaman ini benar-benar membuka mata aku sendiri dalam dunia pendidikan. pagi-pagi lagi sahaja, ada anak murid sudah mengadu, 'cikgu, ada ular masuk kelas'. belum sempat menjejakkan kaki ke tangga yang pertama sudah menerima aduan. itulah ragam di sekolah yang sebenar. cikgu sana, cikgu sini. mungkin ini hanyalah permualaan. walau bagaimanapun, aku tetap berasa seronok dengan murid-murid. dan mengenali dunia perguruan bukanlah satu kerugian buat aku. bagi aku ia adalah satu anugerah dalam memahami ragam manusia, yang belum lagi mengerti dosa dan pahala. 

mood : seronok melihat murid-murid. terkenang masa aku kecil-kecil dahulu 
says : hanya mampu tersenyum melihat keletah mereka. 


Saturday 4 February 2012

pelangi hidup

pagi yang hening. alhamdullilah, aku masih lagi mampu untuk membuka kelopak mataku. aku menguak perlahan jendela kamarku. merapikan langsir yang menghiasi jendela kamarku. sinaran mentari pagi menyusul terus ke dalam kamarku. hari ini, agak cerah. tiada awan mendung yang dipuput angin dingin. aku berteleku sebentar, menikmati indahnya pagi. subhanaallah. Maha Suci Allah, yang menciptakan langit dan bumi. serta isi-isinya. 

aku melontar pandangan jauh. segarnya daun-daun hijau dipagi hari. semuanya bertasbih kepada pencipta-Nya. betapa besarnya kuasa Allah Taala yang tiada tolok bandingnya. sesekali melihat alam ini, menimbulkan kesyahduan dalam hati hamba hina ini. menimbulkan rasa kerdilnya aku dihadapanMU. astaghfirullah. 

tiba-tiba, fikiranku menerjah kenangan silam. membuatkan jantung aku berdegup tidak mengikut larasnya. sesekali aku jauh berfikir. mengenai apa yang terjadi. cuba mencerna setiap yang terjadi dalam dunia ini. memang benar setiap yang terjadi itu ada hikmah disebaliknya. aku tidak menafikan. seperti terciptanya cacing , kenapa cacing diciptakan? kerana cacing itu adalah sumber makanan bagi burung pula. begitlah kitaran hidup ini. apa yang terjadi itu ada rahsia yang tersirat disebaliknya. cuma kita sebagai manusia, apakah fikir semua itu. 

aku melihat zaman muda-mudi remaja. apabila aku kenang kembali. aku beristifar panjang. apabila melihat laman-laman sosial, yang digunakan bukan mendatangkan kebaikan, malah sebaliknya. tiba-tiba, bebola mataku, tertarik untuk membaca status ini. zaman muda-muda, inilah masa nak enjoy habis. berserta dengan foto-fotonya yang tidak mengikut syarat-syarat agama. bukankah, berdosa jika bukan mahramnya melihat dalam keadaan seperti itu? laillahaillaallah.

bukan aku mahu kata, aku ini manusia sempurna. bukan aku mahu kata, aku ini sesuci malaikat-malaikat Allah. aku juga sama seperti kamu, manusia biasa. insan kamil dan hamba yang hina. aku juga pernah menjadi seperti itu, aku akui. tapi tidakkah kamu terfikir sampai bila kamu mahu hidup seperti itu. tidakkah kamu terasa seperti ada kekosongan dijiwa kamu? dalam Islam tidak pernah melarang umatnya untuk berhibur, bersukan, bersosial dan sebagainya. tetapi hendaklah kita, menepati garis panduannya. ibarat keretapi, yang bergerak diatas landasannya. boleh kamu bayangkan jika keretapi itu terkeluar dari landasannya? mesti kemalangan akan berlaku,bukan? 

begitu juga dengan manusia. selama aku belajar, semua guru-guruku sentiasa mengingatkanku. berpeganglah kamu pada landasanmu iaitu Al-Quran dan Hadis. sekiranya kamu meninggalkannya, maka hidupmu akan kucar-kacir dan tidak tenang. ibu bapaku juga selalu menasihatiku, persis seperti guru-guruku. 

aku bukan mahu menilai sesiapa. aku melihat mereka dalam diriku. menjadikan mereka sebagai pengajaran buat aku. aku bukan juga mahu mengutuk sesiapa. sekadar peringatan buat diri aku, yang sesekali juga alpa akan permainan dunia ini. yang hanya bersifat sementara. tidaklah mahu membanding beza antara mereka dan aku. kerana yang layak menilai itu, hanya Allah Taala. sebabnya Dia mengetahui segalanya, yang tersurat dan tersirat. yang ada didalam dan di luar. Dia juga adalah hakim yang hebat dalam menghakimi hamba-hambaNya. 

aku hanya mahu mengambil iktibar dari mereka semua. menjadi panduan untuk aku agar tidak menjadi seperti itu. mungkin itu adalah hikmahnya. mengapa tuhan menciptakan setiap manusia itu berbeza-beza. bagi yang bijak dalam menilai. pasti tidak akan terpengaruh dengan perkara-perkara seperti itu. supaya kita dapat mengambil yang buruk itu dan jadikan sempadan untuk diri kita. agar tidak terjerumus terus ke lembah itu. pesan ibuku, sekiranya kamu masih ada rasa menyesal setelah melakukan dosa, kamu masih punya iman dalam dirimu dan kamu masih dibawah perlindunganNya. hidup ini akan penuh warna-warninya. keputusannya terletak dalam diri kita sama ada mahu mengambil warna apa yang akan mencorakkan hidup kita. dan pilihan itulah yang menentukan hidup kita selepas ini. 

Sunday 29 January 2012

nak jugak

PhotobucketPhotobucket

nak kumpul duit nak beli jugak baju nie. tak kiralah apa pun nak jugak. wee~

Saturday 14 January 2012

orang lama

hari demi hari. detik yang berlalu itu amat berharga. menjadi ingatan tanda kenangan. buat tatapan dimasa hadapan. aku sudah menginjak dewasa. akalku sudah boleh membanding beza. baik dan buruk. cantik dan hodohnya. hatiku sudah boleh meneka dan mencerna setiap yang terjadi. untuk memanusiakan manusia, untuk menginsankan insan. 

menghitung hari itu,sangat sakit. membilang tahun itu, sangat perit. bukan mudah untuk menghadapi hari-hari yang penuh dengan dugaan dan cabaran. ujian yang mendatang benar-benar menguji keimananku. membuatkan aku semakin sedar, yang aku hanya merencana tetapi yang menentukan segala-galanya itu, adalah Dia Yang Maha Kuasa. tidak ada kuasa yang dapat menandingi-Nya. 

hendak atau tak hendak. aku kena terima hakikat. walaupun aku tidak pernah boleh untuk menerima dia dalam hidup aku. walaupun sukar untuk aku melupakan apa yang terjadi antara aku dan dia. tetapi, atas belas ihsan seorang manusia kepada yang lainnya. aku terima seadanya. mungkin jua, ini adalah salah satu, cara untuk tuhan menguji keimanan aku. atau mungkin juga dugaan keatas aku, sebagai khalifah dimuka bumi-Nya. 

jika mahu dibanding, aku bukanlah orang yang terbela dari kekhilafan. terbela dari segala hasutan nafsu. maka dengan itu, hati aku ini tidak sesucinya. tapi, apa yang terjadi itu pasti ada kebaikkannya. pasti ada hikmah disebaliknya. itulah yang selalu diterangkan oleh emak mahupun kawan-kawanku. namun begitu, untuk mengadaptasi sesuatu perkara itu, bukanlah sesuatu yang mudah. bagi aku, ia mengambil masa yang sangat lama. 

oleh itu, aku ingin meminta maaf. andai selama masa yang aku ambil, untuk mengadaptasi situasi ini. pernah menyakiti antara yang lainnya. pernah mengguris hati yang lainnya. aku benar-benar mohon ampun dan maaf. terutama kepada orang yang benar-benar menyayangiku. 


mood : serabut sekejap
says : tak tahu. lidah dah kelu. otak dah tepu.

Monday 9 January 2012

insiden mengejut

Alhamdullilah. masih diberi pinjam lagi untuk menghirup udara yang sangat bersih dan nyaman ini. masih diberi lagi nyawa untuk menulis entri diblog ini. terima kasih Ya Allah. okay. dah masuk empat hari, aku masuk program ijazah perguruan ini. memang tak terkatalah kan. dah jadi pelajar ijazah. agak tak percaya. tetapi kena tempuhi jugak. sedia ke tak sedia. kena sediakan diri jugak. apa pun yang terjadi kena hadapi dengan tenang. supaya tak timbul masalah dilain hari.

okay. untuk hari ini. memang tak banyak ceritanya lah kan. dulu aku yang ditunjuk,tetapi sekarang aku yang menunjukkan. haha. faham tak ayat itu? sebenarnya. untuk hari ini ada pengambilan pelajar GSTT. dan aku terlibat menjadi urus setia pendaftaran. sangat meletihkan. tetapi best lah jugak sebab dapat tengok macam-macam ragam manusia. biasalah. nama pun manusia. mana ada yang sempurna. 

selepas itu, ada suatu insiden yang memang tak diduga. apatah lagi tak diingini. memang dugaan dipagi hari katakan. tengah dan sedang duduk berehat. bersembang dan berbual kosong sambil menikmati air teh o panas. PRANGG!!!!! tiba-tiba, kepala aku terasa berat. rasa macam hendak pitam pun ada juga masa itu. tapi tidak ada apa-apa yang serius sangat. meja ping-pong terhempap atas kepala aku. memang sakit sampai tak terbuka mulut. sudahlah penat, terhempap pula. bak kata pepatah sudah lepas mulut buaya, masuk pula mulut harimau. 

itulah kisahnya dipagi hari ini. memang kelakar pun ada jugak. tapi kenangan pun boleh jadi juga. sekarang, dah tuam. sudah kurang sedikitlah bengkak itu. tapi masih lagi sakit kepala. bukan sakit kepala. sakit tengkorak kepala. haha. apa pun. minta disembuhkan cepat. sebab tak tahan hendak tanggung sakit ini. inilah namanya dugaan. mencabar keimanan sungguh. 
mood: sakit tengkorak kepala. 
says: rasa nak cabut kepala nie je.

Friday 6 January 2012

hakikat

aku mendongak melihat malam yang semakin kelam. hanya diterangi bulan terang dihiasi bintang-bintang. walau malam semakin merangkak gelap. mataku masih mencari sinar kejora. mungkin ada. tetapi hampa. apa yang dicari tiada. dan kemudian aku tersedar. bukan aku mencari kejora sebenarnya. aku mencari ketenangan sebentar. duduk berteleku disebelah jendela kamar. menongkat dagu sambil berfikir. mencari erti dalam sebuah perhubungan yang dikatakan PERCINTAAN. 

ada yang berkata cinta itu buta. ada yang berkata cinta itu pengorbanan. barangkali, kalau aku masih ingat ada yang pernah memberi erti tentang cinta ini. cinta adalah sebuah perasaan yang dikurniakan oleh ILAHI untuk setiap hamba-Nya. ia boleh mendatangkan kebaikan dan juga boleh mendatangkan keburukan. maka oleh itu, pilihlah kamu diantaranya. kerana ia boleh menjadi fitnah juga keatas diri kamu. 

aku masih terngiang lagi. ungkapan-ungkapan manis yang pernah ditabur dulu pada aku. masih terkenang lagi tentang setiap tingkah lakunya. benarlah. cinta itu adakalanya sakit dan adakalanya indah. hanya orang yang benar-benar mengalaminya akan mengetahui hakikat perasaan itu. tetapi bagi aku, cinta itu adalah sebuah perasaan yang sukar untuk digambarkan. kerana aku sendiri tidak tahu. apakah kaitan antara cinta, kasih dan sayang. 

bila berkata sayang. apakah ertinya? bila berkata cinta. apakah maksudnya? apakah perbezaan diantara kedua-dua perasaan ini? sukar mahu dicari maknanya. yang pasti kebanyakan orang berkata sesuatu yang indah terhadap perasaan ini. bagi aku, perasaan ini adalah suatu perasaan yang sangat perit. mungkin kerana aku pernah terluka dan dilukai suatu masa dahulu. aku sendiri masih mencari jawapannya. adakah salah aku kerana melihat dirinya? 

sehingga kini, aku masih tidak menemukan jawapannya. dan sehingga kini jugalah, aku masih menanti sesuatu yang tidak pasti. dalam menghadapi hari-hari yang semakin rumit. walaupun, aku tahu ia telah berakhir. dan itu aku pasti. tetapi entah kenapa, hati ini masih mengharapkan dia. mengharapkan dia untuk menunaikan janji yang pernah dimetrai dahulu. mengharap dia untuk membuktikan butir bicaranya. tetapi tidak. itu tidak akan berlaku walau saban hari aku berdoa. 

aku tahu, mungkin kerana jodoh, rezeki ajal dan maut telah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa. aku tidak kuat. tidak kuat untuk menghadapi sesuatu yang seperti ini. menanti dan terus menanti. satu keputusan yang pasti untuk aku. tetapi tidak. dia pergi meninggalkan aku tanpa sebarang kata putus. menjadikan tanda tanya dalam kehidupanku. membuatkan aku masih mencari dirinya walau tahun berganti tahun. 

aku rela menanggung sakit dan kecewa. dari menanggung derita merindu. menanggung derita menanti. perit. terlalu perit. peritnya tiada ubat. tiada apa yang boleh menggantikannya. jika drama dan filem ada penamatnya. tetapi kisah aku, aku tidak tahu mana penamatnya. penamat mana yang menanti kisah hidup aku. penamat bahagia atau penamat duka?


says: reda itu ikhlas, pasrah itu menyerah
mood: masih berfikir antara satu

Thursday 29 December 2011

percintaan ini

Masih terbayang di ruangan mataku
Saat indah bersamamu dulu
Masihku ingat janji manismu
Bertakhta di hatiku
Oo oo oo

Di kala itu engkau lah bintang
Menyuluh malam yang kegelapan
Tetapi kini tiada lagi
Tinggal aku sendiri

Percintaan ini amat memilukan
Perpisahan ini sungguh menyakitkan
Namun apa daya terpaksa ku telan semua kepahitan

Kepiluan ini meracun hidupku
Kesunyian ini membunuh jiwaku
Tergamak kau sayang
Melihat diriku dalam kesedihan
Dipermainkan olehmu

Sia–sia saja percintaan ini
Tak bisa sampai ke puncaknya
Sekelip mata hilang semuanya
Yang tinggal hanya airmata

Oo oo oo

Percintaan ini amat memilukan
Perpisahan ini sungguh menyakitkan
Namun apa daya terpaksa ku telan semua kepahitan

Kepiluan ini meracun hidupku
Kesunyian ini membunuh jiwaku
Tergamak kau sayang
Melihat diriku dalam kesedihan
Dipermainkan olehmu

Sia–sia saja percintaan ini
Tak bisa sampai ke puncaknya
Sekelip mata hilang semuanya
Yang tinggal hanya airmata

Oo oo oo


okay. bukan hendak berkongsi idea dan pendapat untuk hari ini. tetapi untuk meluahkan rasa yang lama sangat terpendam. entah kenapa? aku sendiri sedih bila mengenangkan kembali perkara-perkara sebigini. aku sendiri tidak tahu kenapa aku terlalu meletakkan harapan yang terlalu tinggi. dan kemudian, harapan ini pergi bersama dia. dan kini aku pasti. ia telah berakhir. walau sederas manapun air mata yang mengalir, perkara yang diimpikan memang tak akan pernah terjadi.

ya Allah. tolonglah hamba-Mu. tolonglah jauhkan perasaan ini. aku tidak tahu. apa yang telah berlaku keatas diriku. tuhan, jika benar dia bukan milikku berilah aku tanda. kenapa aku masih mencari dirinya?kenapa aku masih bertanya tentang dirinya. aku tahu, ini tidak sepatutnya berlaku. ini tidak sepatutnya terjadi. tapi aku tidak dapat merubah yang telah terjadi. aku hanya mampu merencana yang akan datang. 

jika aku mampu memutarkan kembali masa lalu. aku tidak akan membiarkan hati ini terluka kerananya. aku tidak akan membiarkan hati ini menerima dirinya. tetapi itu semua hanyalah angan dan mimpi. bila kusedar kembali, semua itu telah pun berlaku. hanya apa yang aku harap. tolonglah. tolonglah. engkau memberikan satu sebab dan alasan. mengapa engkau memilih untuk menyayangi aku? dan apabila aku telah mula mempercayai engkau. engkau membuat keputusan untuk pergi. 

aku bukan patung untuk engkau permainkan. aku bukan orang yang tiada perasaan. yang tidak tahu erti sakit hati dan kecewa. aku memiliki kesemua perasaan itu. untuk menyayangi seseorang itu, hanya memerlukan satu jam sahaja, tapi untuk melupakannya, barangkali mengambil masa seumur hidupnya. dan sekarang aku akui. ya, aku masih teringat akan engkau. setiap janji manismu. setiap tingkah lakumu. bantulah aku, untuk melupakan dirimu. hanya itu yang aku pinta darimu. 

mood: benar-benar terseksa sekarang. 
says: tiada lagi janji yang mungkin boleh dipecayai.