Saturday 4 February 2012

pelangi hidup

pagi yang hening. alhamdullilah, aku masih lagi mampu untuk membuka kelopak mataku. aku menguak perlahan jendela kamarku. merapikan langsir yang menghiasi jendela kamarku. sinaran mentari pagi menyusul terus ke dalam kamarku. hari ini, agak cerah. tiada awan mendung yang dipuput angin dingin. aku berteleku sebentar, menikmati indahnya pagi. subhanaallah. Maha Suci Allah, yang menciptakan langit dan bumi. serta isi-isinya. 

aku melontar pandangan jauh. segarnya daun-daun hijau dipagi hari. semuanya bertasbih kepada pencipta-Nya. betapa besarnya kuasa Allah Taala yang tiada tolok bandingnya. sesekali melihat alam ini, menimbulkan kesyahduan dalam hati hamba hina ini. menimbulkan rasa kerdilnya aku dihadapanMU. astaghfirullah. 

tiba-tiba, fikiranku menerjah kenangan silam. membuatkan jantung aku berdegup tidak mengikut larasnya. sesekali aku jauh berfikir. mengenai apa yang terjadi. cuba mencerna setiap yang terjadi dalam dunia ini. memang benar setiap yang terjadi itu ada hikmah disebaliknya. aku tidak menafikan. seperti terciptanya cacing , kenapa cacing diciptakan? kerana cacing itu adalah sumber makanan bagi burung pula. begitlah kitaran hidup ini. apa yang terjadi itu ada rahsia yang tersirat disebaliknya. cuma kita sebagai manusia, apakah fikir semua itu. 

aku melihat zaman muda-mudi remaja. apabila aku kenang kembali. aku beristifar panjang. apabila melihat laman-laman sosial, yang digunakan bukan mendatangkan kebaikan, malah sebaliknya. tiba-tiba, bebola mataku, tertarik untuk membaca status ini. zaman muda-muda, inilah masa nak enjoy habis. berserta dengan foto-fotonya yang tidak mengikut syarat-syarat agama. bukankah, berdosa jika bukan mahramnya melihat dalam keadaan seperti itu? laillahaillaallah.

bukan aku mahu kata, aku ini manusia sempurna. bukan aku mahu kata, aku ini sesuci malaikat-malaikat Allah. aku juga sama seperti kamu, manusia biasa. insan kamil dan hamba yang hina. aku juga pernah menjadi seperti itu, aku akui. tapi tidakkah kamu terfikir sampai bila kamu mahu hidup seperti itu. tidakkah kamu terasa seperti ada kekosongan dijiwa kamu? dalam Islam tidak pernah melarang umatnya untuk berhibur, bersukan, bersosial dan sebagainya. tetapi hendaklah kita, menepati garis panduannya. ibarat keretapi, yang bergerak diatas landasannya. boleh kamu bayangkan jika keretapi itu terkeluar dari landasannya? mesti kemalangan akan berlaku,bukan? 

begitu juga dengan manusia. selama aku belajar, semua guru-guruku sentiasa mengingatkanku. berpeganglah kamu pada landasanmu iaitu Al-Quran dan Hadis. sekiranya kamu meninggalkannya, maka hidupmu akan kucar-kacir dan tidak tenang. ibu bapaku juga selalu menasihatiku, persis seperti guru-guruku. 

aku bukan mahu menilai sesiapa. aku melihat mereka dalam diriku. menjadikan mereka sebagai pengajaran buat aku. aku bukan juga mahu mengutuk sesiapa. sekadar peringatan buat diri aku, yang sesekali juga alpa akan permainan dunia ini. yang hanya bersifat sementara. tidaklah mahu membanding beza antara mereka dan aku. kerana yang layak menilai itu, hanya Allah Taala. sebabnya Dia mengetahui segalanya, yang tersurat dan tersirat. yang ada didalam dan di luar. Dia juga adalah hakim yang hebat dalam menghakimi hamba-hambaNya. 

aku hanya mahu mengambil iktibar dari mereka semua. menjadi panduan untuk aku agar tidak menjadi seperti itu. mungkin itu adalah hikmahnya. mengapa tuhan menciptakan setiap manusia itu berbeza-beza. bagi yang bijak dalam menilai. pasti tidak akan terpengaruh dengan perkara-perkara seperti itu. supaya kita dapat mengambil yang buruk itu dan jadikan sempadan untuk diri kita. agar tidak terjerumus terus ke lembah itu. pesan ibuku, sekiranya kamu masih ada rasa menyesal setelah melakukan dosa, kamu masih punya iman dalam dirimu dan kamu masih dibawah perlindunganNya. hidup ini akan penuh warna-warninya. keputusannya terletak dalam diri kita sama ada mahu mengambil warna apa yang akan mencorakkan hidup kita. dan pilihan itulah yang menentukan hidup kita selepas ini.