Sunday 29 January 2012

nak jugak

PhotobucketPhotobucket

nak kumpul duit nak beli jugak baju nie. tak kiralah apa pun nak jugak. wee~

Saturday 14 January 2012

orang lama

hari demi hari. detik yang berlalu itu amat berharga. menjadi ingatan tanda kenangan. buat tatapan dimasa hadapan. aku sudah menginjak dewasa. akalku sudah boleh membanding beza. baik dan buruk. cantik dan hodohnya. hatiku sudah boleh meneka dan mencerna setiap yang terjadi. untuk memanusiakan manusia, untuk menginsankan insan. 

menghitung hari itu,sangat sakit. membilang tahun itu, sangat perit. bukan mudah untuk menghadapi hari-hari yang penuh dengan dugaan dan cabaran. ujian yang mendatang benar-benar menguji keimananku. membuatkan aku semakin sedar, yang aku hanya merencana tetapi yang menentukan segala-galanya itu, adalah Dia Yang Maha Kuasa. tidak ada kuasa yang dapat menandingi-Nya. 

hendak atau tak hendak. aku kena terima hakikat. walaupun aku tidak pernah boleh untuk menerima dia dalam hidup aku. walaupun sukar untuk aku melupakan apa yang terjadi antara aku dan dia. tetapi, atas belas ihsan seorang manusia kepada yang lainnya. aku terima seadanya. mungkin jua, ini adalah salah satu, cara untuk tuhan menguji keimanan aku. atau mungkin juga dugaan keatas aku, sebagai khalifah dimuka bumi-Nya. 

jika mahu dibanding, aku bukanlah orang yang terbela dari kekhilafan. terbela dari segala hasutan nafsu. maka dengan itu, hati aku ini tidak sesucinya. tapi, apa yang terjadi itu pasti ada kebaikkannya. pasti ada hikmah disebaliknya. itulah yang selalu diterangkan oleh emak mahupun kawan-kawanku. namun begitu, untuk mengadaptasi sesuatu perkara itu, bukanlah sesuatu yang mudah. bagi aku, ia mengambil masa yang sangat lama. 

oleh itu, aku ingin meminta maaf. andai selama masa yang aku ambil, untuk mengadaptasi situasi ini. pernah menyakiti antara yang lainnya. pernah mengguris hati yang lainnya. aku benar-benar mohon ampun dan maaf. terutama kepada orang yang benar-benar menyayangiku. 


mood : serabut sekejap
says : tak tahu. lidah dah kelu. otak dah tepu.

Monday 9 January 2012

insiden mengejut

Alhamdullilah. masih diberi pinjam lagi untuk menghirup udara yang sangat bersih dan nyaman ini. masih diberi lagi nyawa untuk menulis entri diblog ini. terima kasih Ya Allah. okay. dah masuk empat hari, aku masuk program ijazah perguruan ini. memang tak terkatalah kan. dah jadi pelajar ijazah. agak tak percaya. tetapi kena tempuhi jugak. sedia ke tak sedia. kena sediakan diri jugak. apa pun yang terjadi kena hadapi dengan tenang. supaya tak timbul masalah dilain hari.

okay. untuk hari ini. memang tak banyak ceritanya lah kan. dulu aku yang ditunjuk,tetapi sekarang aku yang menunjukkan. haha. faham tak ayat itu? sebenarnya. untuk hari ini ada pengambilan pelajar GSTT. dan aku terlibat menjadi urus setia pendaftaran. sangat meletihkan. tetapi best lah jugak sebab dapat tengok macam-macam ragam manusia. biasalah. nama pun manusia. mana ada yang sempurna. 

selepas itu, ada suatu insiden yang memang tak diduga. apatah lagi tak diingini. memang dugaan dipagi hari katakan. tengah dan sedang duduk berehat. bersembang dan berbual kosong sambil menikmati air teh o panas. PRANGG!!!!! tiba-tiba, kepala aku terasa berat. rasa macam hendak pitam pun ada juga masa itu. tapi tidak ada apa-apa yang serius sangat. meja ping-pong terhempap atas kepala aku. memang sakit sampai tak terbuka mulut. sudahlah penat, terhempap pula. bak kata pepatah sudah lepas mulut buaya, masuk pula mulut harimau. 

itulah kisahnya dipagi hari ini. memang kelakar pun ada jugak. tapi kenangan pun boleh jadi juga. sekarang, dah tuam. sudah kurang sedikitlah bengkak itu. tapi masih lagi sakit kepala. bukan sakit kepala. sakit tengkorak kepala. haha. apa pun. minta disembuhkan cepat. sebab tak tahan hendak tanggung sakit ini. inilah namanya dugaan. mencabar keimanan sungguh. 
mood: sakit tengkorak kepala. 
says: rasa nak cabut kepala nie je.

Friday 6 January 2012

hakikat

aku mendongak melihat malam yang semakin kelam. hanya diterangi bulan terang dihiasi bintang-bintang. walau malam semakin merangkak gelap. mataku masih mencari sinar kejora. mungkin ada. tetapi hampa. apa yang dicari tiada. dan kemudian aku tersedar. bukan aku mencari kejora sebenarnya. aku mencari ketenangan sebentar. duduk berteleku disebelah jendela kamar. menongkat dagu sambil berfikir. mencari erti dalam sebuah perhubungan yang dikatakan PERCINTAAN. 

ada yang berkata cinta itu buta. ada yang berkata cinta itu pengorbanan. barangkali, kalau aku masih ingat ada yang pernah memberi erti tentang cinta ini. cinta adalah sebuah perasaan yang dikurniakan oleh ILAHI untuk setiap hamba-Nya. ia boleh mendatangkan kebaikan dan juga boleh mendatangkan keburukan. maka oleh itu, pilihlah kamu diantaranya. kerana ia boleh menjadi fitnah juga keatas diri kamu. 

aku masih terngiang lagi. ungkapan-ungkapan manis yang pernah ditabur dulu pada aku. masih terkenang lagi tentang setiap tingkah lakunya. benarlah. cinta itu adakalanya sakit dan adakalanya indah. hanya orang yang benar-benar mengalaminya akan mengetahui hakikat perasaan itu. tetapi bagi aku, cinta itu adalah sebuah perasaan yang sukar untuk digambarkan. kerana aku sendiri tidak tahu. apakah kaitan antara cinta, kasih dan sayang. 

bila berkata sayang. apakah ertinya? bila berkata cinta. apakah maksudnya? apakah perbezaan diantara kedua-dua perasaan ini? sukar mahu dicari maknanya. yang pasti kebanyakan orang berkata sesuatu yang indah terhadap perasaan ini. bagi aku, perasaan ini adalah suatu perasaan yang sangat perit. mungkin kerana aku pernah terluka dan dilukai suatu masa dahulu. aku sendiri masih mencari jawapannya. adakah salah aku kerana melihat dirinya? 

sehingga kini, aku masih tidak menemukan jawapannya. dan sehingga kini jugalah, aku masih menanti sesuatu yang tidak pasti. dalam menghadapi hari-hari yang semakin rumit. walaupun, aku tahu ia telah berakhir. dan itu aku pasti. tetapi entah kenapa, hati ini masih mengharapkan dia. mengharapkan dia untuk menunaikan janji yang pernah dimetrai dahulu. mengharap dia untuk membuktikan butir bicaranya. tetapi tidak. itu tidak akan berlaku walau saban hari aku berdoa. 

aku tahu, mungkin kerana jodoh, rezeki ajal dan maut telah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa. aku tidak kuat. tidak kuat untuk menghadapi sesuatu yang seperti ini. menanti dan terus menanti. satu keputusan yang pasti untuk aku. tetapi tidak. dia pergi meninggalkan aku tanpa sebarang kata putus. menjadikan tanda tanya dalam kehidupanku. membuatkan aku masih mencari dirinya walau tahun berganti tahun. 

aku rela menanggung sakit dan kecewa. dari menanggung derita merindu. menanggung derita menanti. perit. terlalu perit. peritnya tiada ubat. tiada apa yang boleh menggantikannya. jika drama dan filem ada penamatnya. tetapi kisah aku, aku tidak tahu mana penamatnya. penamat mana yang menanti kisah hidup aku. penamat bahagia atau penamat duka?


says: reda itu ikhlas, pasrah itu menyerah
mood: masih berfikir antara satu