Saturday 14 January 2012

orang lama

hari demi hari. detik yang berlalu itu amat berharga. menjadi ingatan tanda kenangan. buat tatapan dimasa hadapan. aku sudah menginjak dewasa. akalku sudah boleh membanding beza. baik dan buruk. cantik dan hodohnya. hatiku sudah boleh meneka dan mencerna setiap yang terjadi. untuk memanusiakan manusia, untuk menginsankan insan. 

menghitung hari itu,sangat sakit. membilang tahun itu, sangat perit. bukan mudah untuk menghadapi hari-hari yang penuh dengan dugaan dan cabaran. ujian yang mendatang benar-benar menguji keimananku. membuatkan aku semakin sedar, yang aku hanya merencana tetapi yang menentukan segala-galanya itu, adalah Dia Yang Maha Kuasa. tidak ada kuasa yang dapat menandingi-Nya. 

hendak atau tak hendak. aku kena terima hakikat. walaupun aku tidak pernah boleh untuk menerima dia dalam hidup aku. walaupun sukar untuk aku melupakan apa yang terjadi antara aku dan dia. tetapi, atas belas ihsan seorang manusia kepada yang lainnya. aku terima seadanya. mungkin jua, ini adalah salah satu, cara untuk tuhan menguji keimanan aku. atau mungkin juga dugaan keatas aku, sebagai khalifah dimuka bumi-Nya. 

jika mahu dibanding, aku bukanlah orang yang terbela dari kekhilafan. terbela dari segala hasutan nafsu. maka dengan itu, hati aku ini tidak sesucinya. tapi, apa yang terjadi itu pasti ada kebaikkannya. pasti ada hikmah disebaliknya. itulah yang selalu diterangkan oleh emak mahupun kawan-kawanku. namun begitu, untuk mengadaptasi sesuatu perkara itu, bukanlah sesuatu yang mudah. bagi aku, ia mengambil masa yang sangat lama. 

oleh itu, aku ingin meminta maaf. andai selama masa yang aku ambil, untuk mengadaptasi situasi ini. pernah menyakiti antara yang lainnya. pernah mengguris hati yang lainnya. aku benar-benar mohon ampun dan maaf. terutama kepada orang yang benar-benar menyayangiku. 


mood : serabut sekejap
says : tak tahu. lidah dah kelu. otak dah tepu.

No comments:

Post a Comment